Monday, November 9, 2009
Kehebatan Minyak Kelapa Dara
Kini minyak kelapa dara menjadi trend baru kepada penduduk Malaysia bagi kegunaa Minyak Kelapa Dara.
VCO Nama gelaran inggeris kepada produk ini dan di proses dalam bentuk pelbagai cara
1. Cara masakan
2. cara pemancingan
3. cara penurasan
biar apa cara sekali pun, VCO mengandungi bahan yang amat diperlukan oleh tubuh manusia dan juga haiwan.kalau mengikut journal2 yang terdapat dalam buku natureparty, 45-55% kandungan VCO adalah lauric acid dan selebihnya vit c dan vit e yang amat diperlukan oleh badan manusia. dengan kandungan bahan semula jadi yang terdapat dalam MInyak Kelapa Dara ini ianya mampu untuk menjadi antibody kepada tubuh manusia dan haiwan dismaping lauric acid pula boleh menstabilkan metalbolisma dalam badan sama dengan bahan herba yang terdapat dalam susu choleserum (susu awal ibu bersalin).
tidak hairanlah sekiranya ibu ibu bakal bersalin mengamalkan Minyak Kelapa Dara Asli tanpa dicampur adukkan dengan bahan asing dapat menyihatkan ibu ibu baru bersalin dan keperluan zat zat dalam susu ibu bagi kesihatan bayi.disamping itu Minyak Kelapa Dara juga boleh disapu kepada bayi untuk mengelak dari sebarang jangkitan sama ada ruam ataupun jangkitan oleh bakteria, ibu ibu yang baru bersalin juga boleh meminum Minyak Kelapa Dara untuk masaalah dalaman wanita seperti mempercepatkan kesembuhan pada luka luka dalaman ini boleh dirujuk banyak buku buku khasiat Minyak Kelapa Dara yang terdapat dipasaran atau carian dalam internet, VCO atau Minyak Kelapa Dara juga dikatakan anti kenser spt kenser pangkal rahim, barah payu dara dan fibroid yang sangat ditakuti oleh wanita.
Kami, Syarikat Fitrah Bumi Enterprise mengambil peluang mempelajari memproses minyak kelapa dara melalaui kaedah bio-teck (cara pancingan tanpa menggunakan sistem pemanasan yang dikatakan cara yang amat menjimatkan dan selamat dari risiko kehilangan bahan bahan semula jadi yang terdapat dalam kandungan Minyak Kelapa Dara. secara awalannya kami memproses secara kecil kecilan, tetapi permintaan pasaran setempat nampaknya bertambah dan kami telah menambahkan peralatan dan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan permintaan.
kami mendapat perhatian dari Jabatan Pertanian, FAMA Daerah, Tekun Nasional dan Pejabat MARA daerah meninjau keperluan kami. Kami mengorak langkah untuk memproses produk produk lain yang berasaskan Minyak Kelapa Dara seperti sabun, shampo,krim pelembab, losyen badan serta minyak rambut. Insyaalah, berkat keyakinan ini kami akan dapat pembiayaan secara pinjaman dari badan badan tertentu bagi merialisasikan impian kami ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)
